ANAK LEMAH MATEMATIK VS ANAK HADAPI ‘MASALAH PEMBELAJARAN’

“Cikgu memang agak laju….utk murid prestasi sederhana mcm anak saya…”

“Saya pun setuju kena pecah kelas. Cikgu laju kalau utk anak y slow learner mcn anak sy”

“Samelah anak sy pun slow… Terpinga2 dpn tab”

“Setuju..anak sy slow learner…even tgk video pun laju juga. Cikgu yang mengajar tak de masalah cuma tak sesuai anak slow. Hantar tuisyen sebab anak tak pandai tp ada y sugest ajar anak sendiri sebelum class😢”

“ni setuju, 2 jam dah macam level u”

Sebelum saya terangkan lebih detail apa kata kita lihat dulu apa yang cikgu ajar ketika kelas pada 6/2/2021
Tuan-tuan dan puan-puan adalah sangat TIDAK MUNASABAH jika soalan sebegini diajar selama 2 jam (2 pages sahaja,dan bukan semua soalan pun) masih di katakan laju?
Sebenarnya bukan laju.tetapi anak puan-puan ada ‘Masalah Pembelajaran”
ANAK LEMAH MATEMATIK VS ANAK HADAPI ‘MASALAH PEMBELAJARAN’
Anak yang lemah matematik (Arus Perdana) adalah berbeza dengan anak yang menghadapi ‘Masalah Pembelajaran’.
.
Bagi yang hadapi ‘Masalah Pembelajaran’ ianya perlukan solusi yang berbeza. Contohnya yang hadapi ADHD (hiperaktif), disleksia, masalah tumpuan (ADD), lambat perkembangan keseluruhan (GDD) , slow learner.
Anak yang ada masalah dengan ‘SLOW LEARNER’ ni sangat berbeza dengan anak normal yang lemah dalam matematik.
Bagi Anak Yang Lemah Matematik (Arus Perdana)
Jika diukur dari segi markah biasanya seperti berikut :
49% kebawah : Kategori lemah
Biasanya disebabkan oleh asas yang tidak kukuh.Contoh nya lemah asas pembundaran, nombor menaik dan menurun,operasi mudah tambah dan tolak (direct question). Walaupun mereka lemah semua ni boleh dibaiki melalui latih tubi berfokus (LTB) sahaja.
50-70 : kategori sederhana
Anak kategori ni biasanya selalu cuai, lemah Soalan Problem solving (Soalan Ayat jenis panjang-panjang) dan lemah Soalan berbentuk KBAT.
Untuk bantu naik kan result ,kena baiki 3 benda kat atas ni sahaja.

71-80% : Baik.
Pelajar kategori ni perlu dibantu dari segi teknik menjawab, pengurusan masa dan fast revision sahaja.

Saya TIDAK BERSETUJU jika anak yang kategori ‘Slow Learner’ ini berlajar bersama-sama dengan anak-anak yang arus perdana melainkan ada bimbingan tambahan tertentu disediakan.

Apa kesan nya jika digabungkan?
Proses pengajaran menjadi kecelaruan dari segi fokus.
Dalam Matematik jika nak anak kuasai dengan baik ada 5 susur galur yang kita kena faham.
1.Anak kena kuasai Asas matematik
2.Anak kena kuasai Faktas Asas Operasi Tambah Tolak
3.Anak kena kuasai Faktas Asas Operasi Darab Bahagi
4.Anak kena kuasai Penyelsaian Masalah (ayat)
5.Anak kena kuasai KBAT

Bayangkan jika guru hanya mengajar soalan seperti berikut sahaja :
4891
-1020
__
__

Soalan ‘direct question’ berkaitan fakta asas operasi tolak ,sebanyak 15 soalan seumpamanya dalam masa 2 jam pun anak tak faham dan dikatakan cikgu mengajar masih laju , jadi bagaimana lagi yang kita mahukan? 😅

Bagi anak arus perdana yang lemah sekalipun ,kita hanya perlu tunjukkan teknik yang betul melalui beberapa contoh sahaja.Boleh jadi 3-5 soalan sahaja pun dah cukup. Sebab apa? sebab ini soalan asas jenis ‘direct’.

Bagi anak yang hadapi masalah “slow learner’ contohnya mereka perlukan bimbingan khusus bagi setiap soalan .Pendekatan sangat berbeza. Solusi terbaik sebenarnya untuk ibu bapa yang ada anak hadapi ‘Masalah Pembelajaran’ ni adalah dapatkan program yang betul secara khusus.
Jangan lah kita masukkan dalam kelas Arus Perdana,bila anak tak faham kita salahkan guru itu ini. Kemudian minta pula diubah program,perlu ajar cara macam tu macam ni,kita bandingkan dengan pelbagai pihak yang tidak ada proven result pun, cadangkan ubah kuantiti kelas ikut tahap anak kita pula.
Jangan puan,jangan macamtu.
Dalam 1000 pelajar,990 arus perdana dan ada 10 orang yang slow learner.Program pun untuk Arus perdana.Kenapa program perlu diubah untuk mengikut cara 10 orang ni?
Bukan kah yang terbaik adalah 10 orang ni ,cari tempat khusus yang pakar mengatasi masalah slow learner ni?

Saya lihat perkara yang sangat penting adalah ibu bapa yang ada anak yang hadapi ‘Masalah Pembelajaran’ ni perlu MENGAKUI terlebih dahulu.Belajar untuk terima anak anda adalah unik.
Kemudian ibu bapa ni perlu faham bukan semua program adalah sesuai untuk anak-anak kita. Saranan saya yang ada anak hadapi ‘Masalah Pembelajaran’ ni adalah perlu lah dapatkan program khas untuk anak kita atau sama isu dengan mereka .
Jangan sesekali memaksa orang lain contohnya guru untuk ikut cara anak kita melainkan ianya adalah program khas.
Kalau nak masuk kan juga cikgu boleh?
Dah tentu boleh Tapi :
1) Pastikan faham dulu, dapatkan kepastian guru atau tempat pengajaran tu boleh bantu atau tidak.
2) Perlu faham ibu bapa perlu main peranan yang sangat tinggi, jika tak mampu jangan hantar di situ.
3) Perlu akui keadaan anak, jangan. Terlalu menekan anak dan guru