5 Bab Yang Wajib Anak Kuasai

Ada Anak Sekolah Rendah?

Ini Base on Experience saya .
5 Bab ni antara top 5 paling ramai anak-anak kita Gagal kuasai.Saya susun ikut ranking macam kat bawahni :
1. PECAHAN
2. MASA DAN WAKTU
3. PENGENDALIAN DATA
4. PERATUS
5. PANJANG, JISIM, ISIPADU CECAIR
Saya ada buat survey pada lebih 400 orang guru. Keputusannya macam dalam gambar.
Nampak tak tajuk PECAHAN berada dirangking yang pertama.
Salah satu punca BESAR anak sekolah menengah dan rendah LEMAH matematik adalah disebabkan LEMAHNYA TAJUK PECAHAN (FRACTION).
 
Sekolah Rendah – Sebab Lemah Asas Pecahan
Sekolah Menengah – Sebab Lemah Pecahan Algebra
 
Bila anak lemah pecahan, dia juga akan lemah tajuk-tajuk lain yang bersangkut paut dengan nya.
 
  • Dalam tajuk Wang – Ada pecahan
  • Dalam tajuk Masa – Ada pecahan
  • Dalam tajuk Perpuluhan – Ada pecahan
  • Dalam tajuk Peratus – Ada pecahan
  • Dalam tajuk Jisim – Ada pecahan
  • Dalam tajuk Pengendalian Data – Ada pecahan
  • Dalam tajuk Ruang – Ada pecahan
  • Dalam tajuk Isipadu – Ada pecahan
 
Hampir semua bab melibatkan pecahan. Bila lemah pecahan, maka tajuk-tajuk lain juga automatik akan lemah.Sebab tu result susah nak naik.

70% Lemah Sebab Salah Teknik

Isu ni juga ramai. Saya perhatikan ramai anak-anak yang lemah matematik ni bukanlah dia lemah sangat, tapi majoriti dari mereka ni tak tahu teknik yang betul. Bila tak tahu teknik, malas, kurang minat, cepat rasa bosan semua tu akan datang.
Kalau di Maths Catch saya banyak gunakan teknik untuk tarik minat pelajar-pelajar saya ni. Contohnya Teknik Tangga, teknik BP pegun, Teknik Gemok Kurus, Teknik Rail kereta api, teknik ulat gonggok dan macam-macam lagi.
Semua teknik ni tujuannya untuk saya jadikan sebagai ‘SPARK”
Kalau dengan cara yang betul,tiba-tiba boleh jadi lain macam minat diorang ni tau. Sampai tak mau balik rumah asyik nak buat maths pun ada😂..

Contoh macam feedback dari parent selepas hantar anak join program yang saya buat sebelumni.

Sebelum kita nak ‘push’ anak buat latihan banyak-banyak,kita kena buat anak tu MINAT , TERUJA dan RASA MATEMATIK tu MUDAH dulu.
Salah satu caranya adalah dengan cara tunjukkan pada anak dengan teknik-teknik inovasi yang mudah -mudah dahulu. Kalauboleh letak nama yang mereka suka dan sesuai dengan umur.
Contohnya macam kat bawahni .Saya tunjukkan Teknik Inovasi Mudah iaitu gunakan Teknik Pecahan Kupu-Kupu sebagai SPARK untuk tarik minat pelajar-pelajar saya.
Saya harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Saya perhatikan ramai ibu bapa sekarang NAK SANGAT mengajar anak-anak dirumah.Tapi problemnya, silibus sekarang dah makin tinggi dan bukan macam dulu lagi kan.

Kebanyakan ibu bapa ADA 2 MASALAH NI:
Tak Tahu Cara Nak Ajar Anak?
Tak Tahu Anak Lemah Bahagian Mana?
Kalau anda ada anak yang masih lemah ,tak minat dan tak fokus dan nak saya anak kuasai Matematik dengan pantas setiap minggu dalam kelas secara online ,boleh klik button dibawah