Anak Lemah Matematik,Apa Nak Buat Dulu?

Dengan STRATEGI YANG BETUL kita boleh bantu anak kita ,keluar dari result yang biasa-biasa ,dari E melonjak naik ke A 
Caranya : Buat 3 perkara ni..Saya kongsikan dalam live sebelumni.Boleh tengok dibawah:

 

Langkah 1 : Dapatkan Soalan ‘Past Year’

Strategi nak guna soalan ‘past year’ ni adalah kumpulkan sekurang-kurang nya 5 set.
Biarlah walaupun anak tak habis belajar lagi.Minta anak ank buat.Jadikan dalam bentuk Fasa
Fasa 1 bukan nak minta anak skor.Jadikan ala-ala diagnostik.Tujuan fasa ni adalah kita nak kenalpasti anak lemah dari bahagian mana sahaja?
Cuba kenalpasti Masalah anak dalam kategori mana :
PERTAMA : Anak Dah Kuasai Soalan Asas Matematik?
Cntohnya turutan menaik ,menurun,nombor ganjil genap,bundarkan,tukarkan,tuliskan,membaca jam, membaca timbangan dan seumpamanya
KEDUA : Anak Dah Kuasai Soalan ‘Fakta Asas Operasi’ Tambah & Tolak? (FAO Tambah Tolak)
Soalan melibatkan tambah tolak jenis ‘direct question’
KETIGA : Anak Dah Kuasai Soalan ‘Fakta Asas Operasi’ Darab & Bahagi? (FAO Darab Bahagi)
Soalan melibatkan darab bahagi jenis ‘direct question’ ,termasuk sifir
KEEMPAT : Anak Dah Kuasai Soalan Berbentuk Penyelesaian Masalah?
Soalan yang jenis ayat panjang-panjang tu.(Problem Solving)
KELIMA : Anak Dah Kuasai Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)?
5 kategori ni anak kena kuasai mengikut susunan,dan tak boleh langkau.jadi penting sangat untuk kita kenalpasti anak lemah bahagaian mana,salah satunya menggunakan soalan’past year’.

Langkah 2 : Buat Kajian Kes

KESILAPAN RAMAI ORANG
Ramai menyangka untuk pandai matematik kena buat BANYAK latihan semata-mata,tanpa melihat soalan mana kena buat.Latihan yang dipilih hanya main semborono sahaja.
Sebenarnya matematik juga ada seni dan gayanya.Mari lihat gaya yang biasa kami di Maths Catch gunakan tetapi sangat luar biasa kesannya.
KAJIAN KES
Saya amik Silibus Matematik Tahun 6 (Sebagai Contoh).Bab yang ada seperti berikut :
Bab 1 : Nombor Operasi (Operation Number)
Bab 2: Pecahan (Fraction)
Bab 3: Perpuluhan (Decimal)
Bab 4: Peratus (Percentages)
Bab5: Wang (Money)
Bab 6: Masa (Time)
Bab 7: Panjang,Jisim,Isipadu & Cecair (Length,Mass,Volume Of Liquids)
Bab 8: Ruang (Space)
Bab 9: Koordinat (Coordinate)
Bab 10: Nisbah & Kadar (Rate & Ratio)
Bab 11: Pengendalian data (Data Handling)
Bab 12 : Kebolehjadian
Setiap bab ini pula terbahagi kepada dua.Iaitu Kertas 1 dan Kertas 2.Saya cadangkan ada pilih satu je dulu .Jika anak anda seorang yang lemah,saya cadangkan fokuskan dahulu Kertas 2.
Mari Kita mulakan KAJIAN KES..
Pilih satu bab.Mulakan dengan bab pertama.Jika diperhatikan Bab 1 : adalah Nombor Operasi (Operation Number)
Melalui Kajian Kes yang saya lakukan Bab 1 ini mengandungi 3 Pecahan utama iaitu :
[Konsep 1] Asas Nombor Bulat
[Konsep 2] Soalan berbentuk Operasi seperti tambah & tolak,
[Konsep 3] Soalan berbentuk Operasi seperti darab & bahagi
[Konsep 4] Soalan berbentuk ayat (Problem SOlving)
[Konsep 5] Soalan berbentuk KBAT

Anda perlu tahu kat mana kelemahan anak.Konsep 1 ,2,3,4 atau 5? Jika Anak anda lemah konsep [1] katakan,maka kajian kes perlu dilakukan lagi.
Melalui Kajian Kes yang saya lakukan Untuk Bahagian 1 ini (Asas Nombor Operasi) ianya mengandungi 5 pecahan lagi iaitu
1.Tuliskan Angka
2.Nilai digit (Digit value)
3.Nilai Tempat (Place Value)
4.Bundarkan (Round Off)
5.Cerakinkan (Partition)
(Ada 5 kes Kesemuanya). Di Maths Catch kami biasa gunakan istilah Kes dan kami biasanya akan buat catatan seperti berikut :
Bab 1 : Nombor Operasi (Operation Number)
Konsep 1 : Asas Nombor
Kes 1.Tuliskan Angka
Kes 2.Nilai digit (Digit value)
Kes 3.Nilai Tempat (Place Value)
Kes 4.Bundarkan (Round Off)
Kes 5.Cerakinkan (Partition)
Konsep 2 : Soalan berbentuk Operasi
Kes 1
Kes 2
Kes 3
Konsep 3 : Problem Solving
Kes 1
Kes 2
Kes 3 dan seterusnya..
Lihat Contoh gambar diatas.Nampak kan macam mana saya susun?  Cara ni sangat mahal sebenarnya,sebab tak ramai yang sanggup buat.

Langkah 3 : Latih Tubi Berfokus (LTB)

Selepas dah berjaya kenalpasti Konsep dan Kes mana yang menjadi masalah anak,maka langkah yang seterusnya adalah buat latih tubi berfokus mengunakan soalan Topikal.
Latih tubi yang saya dan Maths Catch Team kami jalankan adalah Latih Tubi Berfokus (LTB).LTB ini mengikut keperluan pelajar.Ada pelajar perlukan 3 soalan,ada yang perlu 7 soalan,untuk faham satusatu konsep matematik tersebut.Ianya berbeza mengikut keupayaan semasa pelajar.
Apa yang saya nampak selama ni,ramai anak-anak kita lemah bukan disebabkan dia lahir-lahir terus lemah,tetapi mereka sebenarnya belum lagi jumpa teknik ,sistem atau strategi yang betul sahaja.
Bahasa mudah ramai yang masih ‘Tak tahu Cara & Tak tahu Teknik yang betul sahaja.
Kalau mereka dah jumpa teknik yang sesuai dengan diri dia, tak mustahil pun dari E pun boleh lonjak naik ke A. Jangan sesekali lemah semangat lagi.

Contoh macam feedback dari parent kat bawahni lepas anak dia ‘Dah Tahu Cara Yang betul’.

Tak ada yang mustahil pun. Sama macam anak Tuan Manimaram .Dulu lemah sangat ,dari D pun boleh naik ke A.
Bukan setakat A minat pun berubah jadi luar biasa.Ini Tuan Manimaram sendiri pun terkejut dengan perubahan anak dia.Sekarang dah sekolah menengah pun masih minat lagi.
Macam kes Tuan Manimaram ni ,rakan dia Seorang Guru yang suggest untuk dia hantarkan anak kat Maths Catch ni,sebab cikgu tu pun hantar anak dia kat sini dan anak dia pun dapat result bagus jugak selepastu.🤩
Sebab tu saya harap sangat ibu bapa kat luar sana,jangan lagi lemah semangat ,jangan putus asa dan jangan terus redha ja anak tu lemah.Sabar dulu.
Saya harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Saya perhatikan ramai ibu bapa sekarang NAK SANGAT mengajar anak-anak dirumah.Tapi problemnya, silibus sekarang dah makin tinggi dan bukan macam dulu lagi kan.

Kebanyakan ibu bapa ADA 2 MASALAH NI:
Tak Tahu Cara Nak Ajar Anak?
Tak Tahu Anak Lemah Bahagian Mana?
Kalau anda ada anak yang masih lemah ,tak minat dan tak fokus dan nak saya anak kuasai Matematik dengan pantas setiap minggu dalam kelas secara online ,boleh klik button dibawah