Berdasarkan pengalaman saya kan,anak-anak yang lemah matematik ni jika SEKOLAH RENDAH ,kalau tak dapat skor markah 60% keatas pasti disebabkan oleh lemah soalan penyelesaian Masalah (Soalan jenis ayat yang panjang-panjang tu).
Kalau anak SEKOLAH MENENGAH pula disebabkan oleh lemah ASAS ALGEBRA
Ini berdasarkan pengalaman saya.Ada 2 kategori yang anda kena perhatikan rapat.
(A) ANAK YANG LEMAH (Markah bawah 60)
Mereka sangat lemah dengan 4P iaitu PENUKARAN UNIT,PECAHAN, PERATUS,PERPULUHAN ,Sifir. Mereka gagal menguasai asas-asas penting seperti Pembundaran,Penukaran unit ,pecahan bergabung,Pecahan bercampur,baca skala penimbang,penyukat dan beberapa yang lain.Kesemua ni jika gagal kuasai akan hilang lebih separuh dari markah dalam peperiksaan kerana asasnya semua disini.
(B) ANAK YANG SEDERHANA (Markah Atas 60)
Anak kategori ni biasanya mereka tersangkut dengan soalan berbentuk penyelesaian masalah (Problem Solving). Ramai yang tak tahu Problem solving ni dipecahkan pada 4 kes iaitu
✅ soalan dalam bentuk ayat sepenuhnya
✅ soalan dalam bentuk gambar rajah
✅ soalan dalam bentuk jadual
✅ soalan dalam bentuk carta palang
Setiap 4 kes ni ada teknik khas yang boleh kita bantu anak-anak kuasai dengan pantas
Biasanya Soalan berbentuk ayat dibantu gambar rajah memerlukan pelajar melihat katakunci yang terdapat didalam gambarajah atau jadual tersebut Sahaja.
Soalan berbentuk ayat sepenuhnya pula biasanya katakunci terdapat pada ayat pertama dan kedua manakala soalan biasanya berada di ayat yang terakhir..
Nak Saya bantu matematik anak-anak anda?