HVC

3 Sebab Kenapa Anak Tak Minat & Lemah Matematik

Ada Anak Tahun 1 hingga Tingkatan 5? Wajib baca ni.

Ini pengalaman saya. Anak-anak kita ni kalau lemah biasanya ada 3 sebab utama.
1️⃣ Lemah disebabkan ‘Mental Block’ (Halangan dalam minda) . Ada yang belum buat soalan dah kata tak boleh buat.
2️⃣ Lemah disebabkan tak nampak ‘Big Picture’ (Kerangka Besar). Ada sesetengah anak kita dia merasakan terlalu banyak bentuk soalan ya g dia kena kuasai baru boleh skor matematik.
3️⃣ Lemah disebabkan oleh TAK TAHU TEKNIK yang betul, tak ada sistem dan strategi.
Cuba renung kejap, agak-agak anak anda ada tak 3 dari point yang saya tulis kat atas ni?

Sebab 1 : Halangan Dalam Minda (“Mental Block”)

Isu ni paling ramai anak-anak kita hadapi sekarang.Saya sebenarnya, rungsing sangat dengan keadaan anak-anak kita sekarang ni dengan masalah “mental Block’.Biasanya mula dari anak tahun 3 sampai tingkatan 5.
Kebanyakkan anak kita ni bukan dia lemah matematik selepas dia gigih mencuba,tapi 90% lemah disebabkan belum pun mencuba lagi.
Seolah-olah belum berperang dah ngaku kalah.Ramai yang cakap :
✅ Cikgu ajar tak faham
✅ Matematik ni susah lah ibu
✅ Yang lagi saya rungsingkan ada juga yang cakap tak yah ajar lah cikgu,kami memang tak faham kalau ajar pun?
“ADA SESETENGAH ANAK KITA ,BELUM TENGOK SOALAN PUN ,ADA YANG CAKAP SUSAH,TAK BOLEH BUAT” 😔
Masalah mental block kalau tak atasi sekarang ianya akan jadi barah besar.PERCAYALAH ianya akan jadi Barah besar..Ajarlah apa teknik sekalipun dan cikgu pakar sekalipun anak pasti tak boleh buat.
Anak yang hadapi mental block ni,bagi dia semua soalan susah,kalau susah je maths,kalau maths je mesti susah ..Apa yang kita kena buat adalah “PECAHKAN MENTAL BLOCK TU DULU’
CARA ATASI :
Untuk atasi masalah ‘Mental Block’ ni ,kita kena tunjukkan pada anak-anak ni teknik-teknik mudah untuk kita jadikan sebagai ‘SPARK’ untuk tarik minat mereka. Contohnya macam kat bawah ni.

Saya gunakan teknik ulat gonggok ni sebagai ‘SPARK’ untuk tarik minat anak yang lemah sangat dengan soalan melibatkan pembahagian disebabkan tak hafal sifir.Ini Contoh sahaja,ada banyak lagi teknik yang seumpama ini yang boleh digunakan.

Sebab 2 : Tak Nampak Gambaran Besar (‘Big Picture’)

Ni satu lagi punca besar.Saya dapati 90% pelajar suka sangat buat persediaan LAST MINUTE ,sebab dia tak nampak Big Picture.kat mana nak guna.kenapa formula perlu macamni,kenapa kena hafal , soalan mana kena study dulu,soalan mana kena study kemudian ,berapa soalan minimum kena buat ,semua ni mereka tak tahu.
Bila kita last minit baru nak mula,itu yang jadi kelam kabut,stress impact nya bila masuk exam nanti ANAK AKAN CEPAT BUAT ‘CARELESS MISTAKE’ DAN TAK CUKUP MASA.Satu lagi bila dia buat jawapan walaupun dah betul dia still tak yakin dgn jawapan tu.Ada macam tu?
CARA ATASI :
Perkara pertama kena buat adalah ,Anda kena bantu bagi anak-anak nampak gambaran besar keseluruhan tentang matematik tu dulu.
Jika anak anda SEKOLAH MENENGAH bantu mereka kuasai asas Algebra.Minimum 6 Asas ni wajib di kuasai kalau bercita-cita nak anak cemerlang dalam matematik sekolah menengah.
1. Kuasai Hukum Asas Algebra & kembangan
2. Kuasai Persamaan Linear
3. Kuasai 4 teknik Pemfaktoran
4. Kuasai Persamaan Linear
5. Kuasai Persamaan Linear Serentak
6. Kuasai Rumus Algebra
Jika anak anda SEKOLAH RENDAH (Tahun 3,4,5,6) dan masih lemah matematik saya cadangkan bantu anak kuasai 4P ni
1) Penukaran Unit
2) Pecahan
3) Peratus
4) Perpuluhan
Dah dapat idea nak bantu anak sekarang?

Sebab 3 : Tak Tahu Teknik 

(Tak tahu Cara Belajar Yang betul)

Yang ni paling ramai hadapi.Jangan pelik ya,ramai anak kita ni bukan tak pandai,tapi mereka lemah matematik disebabkan salah teknik,atau tak tahu cara.Yang membezakan adalah anak-anak yang lemah matematik ni mereka belum lagi jumpa teknik,sistem atau strategi yang sesuai dengan keupayaan terkini dirinya sahaja.
CARA ATASI :
Sebelum kita nak ‘push’ anak buat latihan banyak-banyak,kita kena buat anak tu MINAT , TERUJA dan RASA MATEMATIK tu MUDAH dulu.
Ramai dalam kalangan anak kita “TAK TAHU CARA”. Boleh tengok contoh yang saya buat ni.Saya tunjukkan Teknik Inovasi Mudah iaitu gunakan Teknik ADT sebagai SPARK untuk atasi masalah keliru dan tak minat murid-murid saya bagi tajuk melibatkan masa
Apa yang saya nampak selama ni,ramai anak-anak kita lemah bukan disebabkan dia lahir-lahir terus lemah,tetapi mereka sebenarnya belum lagi jumpa teknik ,sistem atau strategi yang betul sahaja.
Bahasa mudah ramai yang masih ‘Tak tahu Cara & Tak tahu Teknik yang betul sahaja.
Kalau mereka dah jumpa teknik yang sesuai dengan diri dia, tak mustahil pun dari E pun boleh lonjak naik ke A. Jangan sesekali lemah semangat lagi.

Contoh macam feedback dari parent kat bawahni ,dari E pun boleh naik ke A.

“Dulu Nazhan pernah kena turun kelas sejak tahun 4 hingga midterme xam darjah 6 pun masih dapat E”

Rasa nak nangis kalau ingat balik perjalanan Adik Nazhan ni. Dari E naik ke A.Lagipun tak ada sesiapa pun yang letak harapan,maklumlah budak kelas belakang yang gagal matematik sejak tahun 4 lagi sampailah darjah 6,tiba-tiba boleh dapat A.
Apa yang menarik, saya perhatikan kebanyakkan anak yang lemah Matematik disebab kan mereka tak tahu cara yang mudah, teknik yang betul dan bagaimana cara nak atur strategi soalan dan bab mana yang patut dia buat dahulu dan yang mana perlu dikemudiankan. 
Bila mereka dah jumpa, memang tak mustahil pun dari E naik ke A.
Ada banyak lagi teknik inovasi yang menarik sebenarnya.Saya tunjukkan pada masa akan datang.
Saya harap perkongsian hari ini memberi motivasi dan bermanfaat untuk anda.
Saya perhatikan ramai ibu bapa sekarang NAK SANGAT mengajar anak-anak dirumah.Tapi problemnya, silibus sekarang dah makin tinggi dan bukan macam dulu lagi kan.

Kebanyakan ibu bapa ADA 2 MASALAH NI:
Tak Tahu Cara Nak Ajar Anak?
Tak Tahu Anak Lemah Bahagian Mana?
Kalau anda ada anak yang masih lemah ,tak minat dan tak fokus dan nak saya bantu anak kuasai Matematik dengan pantas setiap minggu dalam kelas secara online ,boleh klik button dibawah

Kongsikan Feedback Anda Jika Bermanfaat