KTO disusun dalam bentuk Program. Dalam Matematik jika nak anak kuasai dengan baik ada 5 susur galur yang kita kena faham.
1.Asas matematik
2.Faktas Asas Operasi Tambah Tolak
3.Faktas Asas Operasi Darab Bahagi
4.Penyelsaian Masalah (ayat)
5.KBAT
Jadi program ini disusun berdasarkan susur galur ni.6 Bulan pertama fokus untuk pengukuhan asas & bantu pemahaman pelajar melalui pembelajaran ikut topik ,dan 2 Bulan terakhir program ditukar kepada teknik menjawab .
Lihat Contoh dibawah bagaimana kami susun program ini contohnya Modul Tahun 3 (Febuari 2021) ini.
Sepanjang bulan Februari anak-anak anda didedahkan dengan 4 perkara penting.iaitu
(1) Soalan melibatkan Fakta Asas Operasi jenis aras yang rendah. Asas ini sangat penting kerana sangat diperlukan apabila anak-anak nak jawab soalan melibatkan penyelsaiaan masalah nanti.
(2) Soalan melibatkan Fakta Asas Operasi – jenis aras tinggi.Dalam soalan ni 2 teknik diperkenalkan iaitu menggunakan Teknik gemok kurus dan teknik pindah. Bagi memahami ianya perlukan sedikit masa jika anak anda BARU menyertai KTO pada tahun 3.Manfaatkan rakaman dan latih tubi untuk lebih memahami. Jika bermula sejak tahun 1 teknik ini sudah pun kami mula perkenalkan.
(3) Soalan Penyelesaian Masalah (Problem Solving) .Soalan jenis ayat panjang-panjang ni adalah soalan paling ‘killer’ dan paling ramai anak-anak lemah dari Tahun 1 sampai lah tahun 6. Untuk atasi masalah ini kami perkenalkan beberapa teknik antaranya Teknik AGB dan Teknik Bar Palang untuk bantu selesaikan isu ini.
(4) Soalan berbentuk format peperiksaan ni disusun untuk membantu anak-anak ni buat persediaan menghadapi Ujian Mac nanti.Pada masa yang sama ianya juga bantu anak-anak yang terlepas belajar topik ini sejak dari awal jan .Ini lah masa untuk ‘topup’ balik.
(5) Di akhir bulan akan diadakan Ujian secara online.Ujian ni penting sangat untuk kami membuat penilaian keberkesanan pembelajaran secara Overal dan juga secara personalize bagi setiap pelajar.Menggunakan sistem ianya sangat mudah untuk kami track siapa secara individu yang masih bermasalah .Lihat contoh bergambar dibawah.
Hasil nya nanti kami akan analisis soalan yang paling banyak pelajar salah. Ianya akan diperbetulkan dalam program permulihan percuma yang akan dmaklumkan .
Dalam bentuk gambaran Kasar ini adalah ‘ROADMAP’ bagaimana program ini KTO ni dijalankan dan berjaya menghasilkan proven result setiap tahun.
Setiap bulan intensitinya akan lebih tinggi. Lagi dekat dengan peperiksaan akhir ,program akan dijalankan dengan cara lebih intensif bersesuaian dengan umur mereka. Tahun 3 tak sama pendekatannya dengan tahun 6.
Semuanya sudah disusun sepanjang tahun secara rapi.Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi.Perlu ada TRUST THE PROCESS.
Jika anda TRUST ,Yakin kami Maths Catch boleh bantu ,jemput teruskan bersama kami.Ada masalah boleh hubungi dan bincangkan bersama admin untuk bantuan lanjut.
Kita bincang macam kita ni adik beradik.Kita semua 1 family KTO. Jaga kata-kata ,jaga perasaan orang sekeliling, lebih-lebih lagi orang tu sedang bertungkus lumus fikir nak bantu anak kita.
Simple sangat sifirnya.Jika ada masalah kita bincang.
Kami akan berbincang secara berjemaah dengan semua team mempertimbangkan pelbagai sudut dan keaadan.
Jika berbincang ada je jalannya… tapi sebab tak nak pilih berbincang,mahu guna emosi juga ,tak boleh nak buat apalah.
Anak yang “Masalah Pembelajaran” Seperti ADHD (hiperaktif), disleksia, masalah tumpuan (ADD), lambat perkembangan keseluruhan (GDD),Autism,SLOW LEARNER (LEMBAM) ni mereka perlukan sentuhan dan bimbingan guru secara rapat. Ibu bapa perlu maklumkan pada guru.
Minta jasa baik guru untuk beri tumpuan lebih pada anak.Insya Allah boleh sahaja. Cakap baik-baik .Pujuk cikgu untuk bantu. Ada je yang kami bantu all out parent yang macam ni.
Walaubagaimanapun mungkin ianya sudah terlambat. Tiada sebab untuk kita bantutkan perkembangan majoriti anak-anak normal yang lain semata-mata untuk puaskan hati segelintir ibu bapa yang ada anak slow learner.Lagipun ni sememangnya program untuk anak-anak yang normal (Arus Perdana.)
Mak ayah nak kan result yang terbaik untuk anak-anak.Kami guru -guru pun juga nak yang terbaik. Kami juga rasa sangat bangga sangat apabila ada anak yang dulunya lemah dibimbing sampai berjaya. Walaupun jarang sangat disebut dan diingati.Tak mengapa,kami tetap rasa bangga.
Untuk capai ni sebenarnya perlukan KERJASAMA ERAT dari segi hubungan antara maka ayah,anak-anak,guru-guru dan juga team admin disebalik tadbir. Bila hati dah retak,ilmu sangat sukar untuk sampai ke dada.
Pilihan sebenarnya ada pada kita.Ini cadangan saya .Jom kita sama-sama buktikan.
Kami akan buktikan Guru-Guru KTO , Pusat Tuisyen,dan Team pengurusan Maths Catch adalah terbaik di Malaysia ,maka bolehkah kita buat sama -sama?.Ibu bapa juga azam untuk jadi ibu bapa terbaik dalam Malaysia. Kita rapatkan saf dan betulkan dalam kelas pada minggu ke tiga Sabtu ni .
Bantu anak Buat Persediaan terbaik sebelum kelas
Ingatkan anak dengan adab didalam kelas
Ingatkan anak tentang pentingnya menghormati guru
Ingatkan anak pentingnya mengambil hati guru
Elakkan anak chat perkara yang merapu-rapu
Mak Ayah fokus jadi pemerhati bagi yang boleh
Saya percaya sangat kalau semua satu hati,Kelas KTO Tahun 3 akan jadi contoh dan hasilkan result yang sangat luar biasa.Suasana kelas akan jadi berubah. Persepsi negatif ditukar menjadi harapan dan keluarkan gelombang doa yang positif
Terpulang pada kita.Mahu atau tak mahu. Nak luar biasa atau nak result biasa-biasa.
Semua ni boleh buat bila,kita sama-sama UBAH.
Boleh ? reply nanti di group .. Saya selalu berada di Telegram. Jemput ramai-ramai bagi feedback di Telegram saya disini https://t.me/ParentingMathsCgRajaei/1821
Ibu bapa yang dikasihi
Mohon maaf atas kekurangan ,dari Kami
Cg Rajaei Ali & KTO Maths Catch Team.
P/s : Ibu bapa yang dikasihi buat masa ini Program KTO hanya sesuai untuk anak-anak arus perdana sahaja.Walau bagai manapun pada masa akan datang kami akan berusaha untuk wujudkan Program Khas Untuk Anak Yang “Bermasalah Dalam Pembelajaran” ni . Kami akan berbincang dengan beberapa pihak yang pakar berkaitan untuk merangka modul dan program yang bersesuaian.Harap Maklum.